JENAYAH & MAHKAMAH

33 Penyokong Selangor FC Direman Bantu Siasatan Cetus Kekecohan

02/02/2026 01:26 PM

KUALA TERENGGANU, 2 Feb (Bernama) -- Sebanyak 33 penyokong Selangor FC direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang dicetuskan di Jambatan Angkat Kuala Terengganu semalam.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super membabitkan Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor ketika dihubungi berkata mereka antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu malam tadi bagi menjalani pemeriksaan saringan air kencing.

Beliau berkata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin akan mengadakan sidang media berkaitan perkembangan lanjut kes berkenaan pada 2.30 petang ini.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video menerusi media sosial memaparkan sekumpulan penyokong Selangor FC berarak sambil membawa bendera pasukan dari arah bandar raya menuju ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu sebelum menyalakan suar ketika berada di tengah jambatan itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan