AM

Hutan Di Puncak Bukit Berhampiran Taman Tun Abdul Razak Terbakar

03/02/2026 12:07 AM

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Satu kebakaran berlaku di kawasan hutan dianggarkan seluas 0.8 hektar di puncak bukit berhampiran sebuah apartmen di Taman Tun Abdul Razak di sini malam ini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hamdan Hamzah berkata  pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.47 malam tadi.

Beliau berkata empat anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan kawasan hutan di puncak bukit dan anggota bersedia di lokasi kejadian kerana tiada laluan masuk ke tempat kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamdan berkata setakat ini keadaan terkawal dan api tidak merebak ke kawasan berhampiran.

 -- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan