KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Pelumba JDT Racing Team Hafizh Syahrin Abdullah dinobatkan sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik pada Malam Anugerah Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) 2025 di sini hari ini.
Memasuki edisi kelima, anugerah tersebut turut mengiktiraf penunggang Honda Racing Malaysia Azroy Hakeem Anuar sebagai Pelumba Kebangsaan Terbaik, manakala juara Kejohanan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 Qabil Irfan Azlan merangkul gelaran Penunggang Muda Terbaik.
Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Dr K. Nagulendran serta Presiden MAM Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Dalam ucapannya, Mokhzani berkata anugerah berkenaan bukan sahaja kejayaan kepada pemenang, tetapi juga pengiktirafan terhadap disiplin, ketahanan dan profesionalisme di setiap peringkat dalam sukan permotoran.
“Dengan pengembangan kepada 30 kategori anugerah, kami memastikan setiap laluan, daripada pembangunan akar umbi sehingga ke kejohanan antarabangsa, diiktiraf dan dihargai.
“Platform ini mencerminkan sejauh mana sukan permotoran Malaysia telah maju, serta hala tuju yang sedang dihadapi,” katanya.
Berikut senarai penuh pemenang Anugerah MAM 2025:
a. Sam Hogg
b. Mia Sharizman Ismail
c. Mohd Azhari Mohammad
d. Dr Nor Azlin Zainal Abidin
e. Mashithah Hashim
f. Allahyarham Norhayati Md Ali
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial