Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini menjejaki kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Pada waktu berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent meningkat 1.63 peratus kepada US$68.59 setiap tong.
Beliau berkata, ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) turut menjejaskan sentimen.
"Namun, kenaikan selanjutnya terhad kerana sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan permintaan yang perlahan dari industri tayar China menjelang cuti Tahun Baharu Cina.
"Ini diburukkan lagi dengan kelembapan berterusan dalam sektor kenderaan elektrik di tengah-tengah nasihat yang bercampur-campur dari pasaran niaga hadapan getah serantau," katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) naik sebanyak 10 sen kepada 760.50 sen setiap kilogram manakala lateks pukal berkembang 2.0 sen kepada 578.5 sen setiap kilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial