AM

PM Anwar Dukacita Insiden Pegeboman Masjid Di Islamabad

07/02/2026 05:29 PM

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas kehilangan nyawa dalam insiden pengeboman sebuah masjid di Islamabad ketika solat Jumaat semalam.

Beliau menyifatkan serangan yang disengajakan terhadap para jemaah itu sebagai tindakan kejam yang bercanggah dengan nilai asas kemanusiaan.

“Saya amat berdukacita atas kehilangan nyawa dalam insiden pengeboman sebuah masjid di Islamabad ketika solat Jumaat semalam. Malaysia merakamkan ingatan serta doa kepada semua mangsa yang terkorban, cedera serta keluarga yang kehilangan orang tersayang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Pakistan dalam menghadapi saat penuh duka ini serta menzahirkan solidariti kepada semua yang terjejas akibat tragedi berkenaan.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pihak berkuasa Pakistan akan menjalankan siasatan menyeluruh serta membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Sekurang-kurangnya 31 orang terkorban manakala 169 lagi cedera apabila seorang penyerang meletupkan dirinya di Masjid Imambargah Qasr-e-Khadijatul Kubra di kawasan Tarlai, Islamabad.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan