KOTA BHARU, 7 Feb (Bernama) -- Dua lelaki ditemukan lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Pasir Pekan di Wakaf Bharu, Tumpat semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata mayat kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 31 dan 42 tahun, ditemukan terapung di tebing sungai dengan jarak kira-kira 100 meter antara satu sama lain.
"Bertindak atas dua laporan polis mengenai penemuan dua mayat tersebut pada kira-kira 7 dan 7.55 malam, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian.
"Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh kedua-dua mangsa, dan mayat mereka dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pegawai perubatan mengesahkan bahawa punca kematian adalah akibat lemas.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Tumpat menerusi talian 09-725 7222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial