KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja selepas semua kementerian dan Jabatan Perdana Menteri selesai menggulung perbahasan masing-masing.
Usul itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju setelah dibahaskan mulai 20 Jan, disusuli sesi penggulungan daripada kementerian bermula 4 Feb.
Antara isu dibangkitkan dalam sesi perbahasan ialah usaha kerajaan membanteras rasuah secara lebih holistik dan komprehensif, pelaksanaan dasar kerja fleksibel serta pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.
Pada 19 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.
Menurut takwim Dewan Rakyat, persidangan akan diteruskan dengan sesi pembentangan Rang Undang-Undang dan urusan kerajaan yang lain.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial