GUA MUSANG, 15 Feb (Bernama) -- Aliran trafik melalui pintu masuk ke Kelantan bergerak perlahan di beberapa lokasi di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini, berikutan pertambahan bilangan kenderaan anak perantau yang pulang bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata bagaimanapun aliran masih terkawal meskipun trafik mula meningkat sejak Khamis lepas.
"Antara lokasi yang mengalami kesesakan adalah di laluan sementara Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Taman Wangi serta di setiap persimpangan lampu isyarat sepanjang laluan menghala ke Kuala Krai.
"Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dan Jalan Gua Musang-Kuala Krai menjadi tumpuan pengguna untuk pulang ke destinasi serta kampung halaman masing-masing," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Beliau turut menasihati pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif lain seperti Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Terengganu dan Lebuh Raya Timur Barat melalui Gerik, Perak bagi mengelakkan pemusatan pergerakan kenderaan di laluan utama.
"Tiada perancangan untuk penyuraian trafik dilakukan buat masa ini.
"Pengguna jalan raya juga perlu mendapatkan rehat yang cukup dan memeriksa kenderaan supaya berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial