AM

Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor

15/02/2026 07:11 PM

BATU PAHAT, 15 Feb (Bernama) -- Khidmat imam tempatan sedia ada akan digunakan untuk memimpin solat tarawih di masjid dan surau di Johor pada Ramadan tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid.

Beliau berkata pada masa sama, pelajar tahfiz di negeri ini yang memenuhi syarat ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) turut diberi peluang untuk menjadi imam dengan permohonan masih dibuka hingga esok.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, kita laksanakan solat tarawih dengan khidmat imam tempatan tetapi kita jemput juga pelajar tahfiz, namun perlu memenuhi syarat ditetapkan JAINJ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Budi Agrikomoditi Sektor Peladangan, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Parit Sulong, di sini hari ini.

Mohd Fared berkata masjid serta surau di Johor tidak menggunakan khidmat imam tarawih dari luar.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung peraturan berkaitan penjualan makanan kepada umat Islam sepanjang Ramadan.

“Penguatkuasaan ini bukan untuk menghalang mereka berniaga tetapi peniaga perlu menjual makanan mengikut waktu yang ditetapkan, bukannya di luar waktu terbabit seperti sarapan pagi serta sebagainya,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan