DUNIA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Unjuran Permintaan Lemah

16/02/2026 09:37 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin berikutan permintaan yang dijangka lemah dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata peniaga.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata jumlah dagangan adalah rendah menjelang minggu yang lengang, dengan Bursa Komoditi Dalian dan Bursa Malaysia ditutup pada Selasa dan Rabu sempena cuti Tahun Baharu Cina.

“Kami melihat harga MSM pada paras sokongan melebihi RM3,950 satu tan manakala paras rintangan pada RM4,200,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta baharu Mac 2026 susut RM24 kepada RM4,013 satu tan manakala kontrak April dan Mei 2026 masing-masing merosot RM30 kepada RM4,020 dan RM4,016 satu tan.

Kontrak Jun 2026 turun RM29 kepada RM4,011 satu tan manakala Julai dan Ogos 2026 masing-masing berkurangan RM27 kepada RM4,008 dan RM4,002 satu tan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 40,371 lot berbanding 116,044 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka rendah kepada 225,359 kontrak daripada 230,392 sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan susut RM10 kepada RM4,040 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan