KUANTAN, 16 Feb (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Pahang dan di seluruh negara yang menyambut perayaan berkenaan.
Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini, baginda berdua menzahirkan harapan agar sambutan Tahun Baharu Cina diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, kemakmuran dan kebahagiaan bersama keluarga serta sahabat handai.
“Semoga Tahun Baharu Cina kali ini memberi keceriaan, kesihatan yang berpanjangan serta mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri Pahang Darul Makmur khususnya dan Malaysia amnya.
“Selamat Tahun Baharu Cina. Gong Xi Fa Cai,” menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial