PAITAN, 22 Feb (Bernama) -- Sebanyak empat unit peranti satelit Starlink diserahkan kepada pejabat daerah di sini bagi membantu memulihkan capaian komunikasi di beberapa kawasan terjejas banjir baru-baru ini.
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berkata kemudahan berkenaan disediakan oleh SabahNet Sdn Bhd (SabahNet) iaitu sebuah agensi di bawah kementeriannya sebagai langkah segera memastikan akses komunikasi di kawasan terjejas dapat dipulihkan.
"Inisiatif ini bertujuan memudahkan penyelarasan bantuan, penyampaian maklumat serta menyokong operasi pengurusan bencana dan pemulihan pascabanjir.
"Peranti berkenaan diserahkan kepada Pegawai Daerah Paitan Joloning Joe Majambu untuk penyelarasan dan penempatan di lokasi yang dikenal pasti memerlukan capaian Internet segera," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kemudahan itu diharapkan dapat mempercepat proses pemulihan dan memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat yang terjejas terus diberi perhatian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial