AM

Isu RCI Dibincangkan Di Kabinet, Kenyataan Rasmi Menyusul - PM Anwar

27/02/2026 04:02 PM

KAJANG, 27 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata perbincangan tersebut berjalan lancar dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat untuk menjelaskan perkara itu.

“Kita dah bincang elok tadi, nanti ada kenyataan (akan dikeluarkan),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Kajang, di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dilaporkan akan mencadangkan kepada mesyuarat Kabinet hari ini, supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan 'mafia korporat'.

Dakwaan ‘mafia korporat’ berkisar tentang dakwaan bahawa pegawai kanan SPRM mengatur kempen intimidasi, memberi tekanan kepada eksekutif dan pemegang saham syarikat awam tersenarai untuk meletak jawatan atau menjual saham mereka pada harga diskaun tinggi kepada rangkaian ahli perniagaan yang mempunyai hubungan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan