DUNIA

Israel Terus Tutup Kompleks Masjid Al-Aqsa Lapan Hari Berturut-Turut

08/03/2026 12:51 AM

BAITULMUQQADIS, 7 Mac (Bernama-WAFA) -- Pihak berkuasa Israel meneruskan penutupan kompleks Masjid Al-Aqsa untuk lapan hari berturut-turut, lapor Agensi Berita dan Penerangan  Palestin (WAFA).

Tentera Israel menutup kompleks itu pada pagi Sabtu lepas, memaksa jemaah meninggalkan kawasan masjid serta menghalang mereka daripada menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih.

Tindakan itu berlaku serentak dengan penutupan yang dikenakan di Tebing Barat beberapa jam selepas serangan besar-besaran dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran.

Pada Jumaat,  bagi minggu ketiga berturut-turut,  jemaah turut dihalang daripada menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa Israel jarang melaksanakan penutupan penuh Masjid Al-Aqsa melalui keputusan rasmi pada Jumaat dan tindakan sedemikian hanya dilakukan lima kali sejak pendudukan Baitulmuqqadis pada 1967.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan