AM

KUSKOP Edar Kurma Kepada 350 Warga Kerja Sempena Ramadan

10/03/2026 02:01 PM

PUTRAJAYA, 10 Mac (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) baru-baru ini menyantuni kakitangannya melalui program agihan kurma sempena Ramadan yang melibatkan 535 warga kerja kementerian itu.

KUSKOP dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu merupakan tradisi menteri setiap tahun menjelang Ramadan untuk memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga kementerian.

Menterinya Steven Sim turut meluangkan masa turun ke setiap aras bangunan kementerian untuk beramah mesra serta bertanyakan khabar warga KUSKOP, sekali gus mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kementerian. 

"Sesi ini juga memberi peluang kepada warga kementerian untuk berinteraksi secara langsung dengan menteri serta berkongsi pandangan mengenai tugasan dan persekitaran kerja, di samping menghargai usaha dan komitmen warga KUSKOP," menurut kenyataan itu.

Steven Sim turut meninjau pusat panggilan kementerian bagi menyantuni serta memberi semangat kepada petugas barisan hadapan yang bertugas melayani pertanyaan orang ramai setiap hari.

 

KUSKOP memaklumkan kurma yang diedarkan pada tahun ini berasal dari wilayah Nablus, Palestin. 

"Ia dibeli dari sebuah kedai kecil yang beroperasi di Malaysia, iaitu Pasar Palestin, yang diusahakan oleh komuniti Palestin yang menetap di negara ini.

“Menteri telah mula menyokong perniagaan tersebut sejak 2019. Inisiatif kecil ini mencerminkan semangat kemanusiaan dan kebersamaan yang sentiasa menjadi pegangan Menteri khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan