AM

Wan Azizah Sampai Sumbangan Aidilfitri Kepada 150 KIR Bandar Tun Razak

16/03/2026 12:49 PM

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan kepada 150 Ketua Isi Rumah (KIR) di Parlimen Bandar Tun Razak pada Program Sejahtera MADANI: Kebajikan-Sumbangan Kasih Ihsan Ramadan.

Beliau yang juga isteri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebanyak RM500 disampaikan  kepada KIR yang berdaftar dalam sistem eKasih bagi membolehkan mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Selain itu, sumbangan turut disampaikan kepada 200 penerima dalam kalangan golongan memerlukan di Bandar Tun Razak melalui inisiatif Ziarah Ramadan MADANI.

“Komitmen kita supaya bantuan dapat disampaikan terus kepada rakyat yang memerlukan dan kita mahu tiada yang tertinggal,” katanya.

Program Sejahtera MADANI: Kebajikan-Sumbangan Kasih Ihsan Ramadan ialah kerjasama strategik Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Bank Muamalat Malaysia Bhd yang menjadi penyumbang utama dalam inisiatif kebajikan tahun ini.

Program itu dilaksanakan sejak 2019 dan merupakan langkah memperkukuh tanggungjawab sosial korporat serta kerjasama agensi kerajaan dan swasta bagi memperluas jaringan bantuan kepada yang memerlukan.

Selain itu, program hari ini turut menyaksikan penyerahan Projek Membina Bumbung Gelanggang Sepak Takraw KRT Taman Mewah bernilai RM400,000 di bawah Program Mesra Rakyat bagi menyediakan kemudahan lebih selesa dan kondusif untuk kegunaan komuniti setempat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan