AM

Aidilfitri: Terengganu Umum Khamis Cuti Kelepasan Am

16/03/2026 09:55 PM

KUALA TERENGGANU, 16 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Khamis ini (19 Mac) sebagai Hari Kelepasan Am bersempena dengan Aidilfitri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mohamad Azmi Mohd Daham berkata tarikh berkenaan bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.

"Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac 2026 sebagai cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh Terengganu sempena menyambut Aidilfitri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju mengekalkan hari kelepasan am negeri pada 23 Mac 2026 sebagaimana yang diwartakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) pada 30 Okt 2025.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan