JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Siasat Insiden Pergaduhan Dua Kumpulan Di Air Itam

17/03/2026 09:48 PM

GEORGE TOWN, 17 Mac (Bernama) -- Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Kampung Melayu, Air Itam seperti yang tular menerusi media sosial hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata pihaknya akan memohon perintah untuk siasat (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Polis akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan pada masa sama akan mohon OTI daripada TPR," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Terdahulu, tular menerusi media sosial satu video berdurasi 1 minit 47 saat memaparkan dua kumpulan individu bertengkar mulut termasuk saling memaki hamun dipercayai berpunca daripada aktiviti bermain mercun dan bunga api.

Difahamkan satu daripada kumpulan itu bermain mercun berhampiran kawasan rumah penduduk malam malam sehingga menimbulkan kemarahan keluarga yang tinggal di situ dan bertindak menegur mereka sebelum berlarutan sehingga menjadi pertengkaran mulut serta hampir mencetuskan pergaduhan fizikal. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan