KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam agar terus menyemai kasih sayang, mempererat silaturahim dan saling bermaafan dengan hati yang tulus sempena sambutan Syawal.
Beliau menerusi hantaran di Facebook turut mengingatkan masyarakat supaya menghargai masa bersama keluarga serta insan tersayang dalam meraikan Aidilfitri.
Pada masa sama, Ahmad Zahid mendoakan agar sambutan Syawal kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada seluruh umat Islam.
“Dalam kesempatan ini, saya bersama isteri dan seluruh keluarga, kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, juga seluruh ahli UMNO mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada umat Islam, walau di mana jua berada,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial