JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat Lelaki Bertatu Ditemukan Terapung Di Tasik Biru

20/03/2026 11:46 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Polis menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di Tasik Biru, Kuang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu pada 8.03 pagi.

Beliau berkata mangsa yang berketinggian kira-kira 170 sentimeter dan berkulit cerah mempunyai tatu bertulis “Ship Floss” pada bahagian bahu kiri.

Mohd Hafiz berkata semasa ditemukan, mangsa memakai baju berwarna coklat gelap dengan tulisan “Suppligae”, berseluar jean biru serta memakai jam tangan jenama Seiko dengan tali berwarna hijau.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kesan suntikan Bacillus Calmette–Guerin (BCG) ditemukan pada lengan kiri si mati,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga dengan ciri-ciri itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SM Rosli Mohd Nor di talian 013-609 5744 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan