JOHOR BAHRU, 23 Mac (Bernama) -- Sebuah gerai menjual mercun dan bunga api musnah dalam kebakaran di Majidee Corner 1C, Jalan Bunga Ros, Kampung Dato Sulaiman Menteri, di sini malam ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin PBK I Nakish Nekmat berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada 8.32 malam dan kebakaran juga melibatkan dua kenderaan.
“Khemah pasang siap yang menjual mercun dan bunga api musnah 90 peratus manakala kereta Proton Gen-2 terbakar 80 peratus dan sebuah trak makanan 73 peratus,” katanya dalam kenyataan.
Nakish berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.
Operasi yang melibatkan 11 anggota berjaya mengawal kebakaran pada 8.42 malam.
Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman sebuah video berdurasi 44 saat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial