JENAYAH & MAHKAMAH

Dua Individu Ditahan Bersabit Insiden Main Mercun Dari Sunroof Kereta Sedang Bergerak

29/03/2026 05:48 PM

SHAH ALAM, 29 Mac (Bernama) -- Polis menahan dua warga tempatan termasuk seorang wanita semalam, bersabit insiden bermain mercun secara berbahaya dari sunroof kereta yang sedang bergerak di sekitar Persiaran Ficus Seksyen U15, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata tangkapan membabit individu berumur 21 dan 28 tahun itu dibuat pada 2.40 petang di sekitar kawasan Sungai Buloh dan Seksyen 9, Shah Alam.

“Dalam tangkapan itu, sebuah kereta jenis Proton Satria, masing-masing satu telefon bimbit dan batang mercun yang dipercayai digunakan dalam kes ini turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Kesemua individu telah direman tiga hari sehingga Selasa ini (31 Mac) untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam, Ramsay dilaporkan berkata pihaknya sedang mengesan beberapa individu disyaki terbabit dalam insiden bermain mercun secara berbahaya dari sunroof kereta yang sedang bergerak di sekitar Persiaran Ficus Seksyen U15, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan pada 12.48 tengah hari semalam selepas video berkaitan insiden itu tular di media sosial, dan mengesahkan ia berlaku di kawasan Elmina Rainforest.  

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan