JENAYAH & MAHKAMAH

Penganggur Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Tekup Muka Guna Bantal 

01/04/2026 01:44 PM

IPOH, 1 April (Bernama) -- Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh isterinya di rumah mereka minggu lepas. 

Mohd Yusof Mat Yatim, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Meor Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. 

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan suatu perbuatan, iaitu menekup muka menggunakan bantal dengan mengetahui perbuatan berkenaan boleh menyebabkan kematian Syazwana Mohd Talaha, 38.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Changkat Lada Raya, Seberang Perak, Kampung Gajah dalam daerah Perak Tengah pada 9 pagi, 25 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda atau penjara hingga 20 tahun, atau boleh dihukum dengan hukuman mati jika kecederaan dilakukan dan tertuduh tertakluk kepada hukuman penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Zahira Musa memohon tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin atas alasan dia telah bertindak agresif dan cuba terjun dari tingkat empat semasa siasatan dijalankan.

Mahkamah menetapkan 4 Mei ini untuk sebutan semula kes, dan bagi Mohd Yusof melantik peguam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan