PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH BERIKUTAN AKTIVITI AMBIL UNTUNG

27/09/2024 09:52 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat selepas mencatatkan kenaikan awal, berikutan peniaga mengambil untung susulan kenaikan harga yang berterusan baru-baru ini, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kelemahan dalam pasaran minyak kacang soya dan minyak mentah turut mempengaruhi sentimen.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,950 dan rintangan RM4,100 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, Oktober 2024 susut RM76 kepada RM4,159 satu tan, November 2024 menguncup RM93 kepada RM4,096 satu tan, manakala Disember 2024 yang menjadi penanda aras turun RM101 kepada RM4,051 satu tan.

Kontrak Januari 2025  kurang RM104 kepada RM4,014 satu tan manakala Februari 2025 dan Mac 2025 masing-masing merosot RM105 kepada RM3,979 dan RM3,945 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 132,344 lot daripada 84,940 lot pada Khamis, manakala minat terbuka turun kepada 258,379 kontrak daripada 258,553 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan susut RM40 kepada RM4,210 satu tan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan