KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional melonjak kepada RM35.10 bilion daripada RM28.91 bilion pada sesi pagi manakala mudah tunai dana Islam merosot kepada RM19.50 bilion daripada RM22.09 bilion sebelumnya.
Awal hari ini, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Bank pusat itu turut menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM35.1 bilion daripada RM33.9 bilion.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM35.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM19.50 bilion, kedua-duanya dengan tempoh matang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus pada 15 Nov.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial