Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
Katanya, sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh ketidaktentuan dasar kewangan AS dan ketika peniaga meneliti laporan statistik getah yang dikeluarkan oleh Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC).
ANRPC melaporkan pengeluaran getah asli (NR) global melonjak pada Oktober 2024 mencecah 11.2 juta tan, iaitu meningkat 2.9 peratus dari tahun ke tahun, manakala permintaan global menyusut 4.5 peratus kepada 12.1 juta tan.
“Namun, penurunan berterusan berjaya dihadkan oleh pemulihan harga minyak mentah dan gangguan bekalan getah asli akibat keadaan cuaca tidak menentu di beberapa negara pengeluar utama,” katanya kepada Bernama
Memetik Jabatan Meteorologikal Thai, peniaga itu berkata hujan lebat mungkin menyebabkan berlakunya banjir kilat, termasuk di selatan Thailand, hingga 23 Nov, 2024.
Menurut Lembaga Getah Malaysia, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) turun 10 sen kepada 847.5 sen setiap kilogram manakala lateks pukal susut 2.0 sen kepada 678.5 setiap kilogram.
Pada jam 5 petang, SMR 20 kekal pada 841 sen setiap kilogram dan lateks pukal pada 678 sen setiap kilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial