PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI

20/11/2024 02:37 PM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari dipengaruhi oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Maybank dan Tenaga Nasional susut 12 sen masing-masing kepada RM10.12 dan RM14.30, CIMB turun 4.0 sen kepada RM8.20.

Saham tersebut mengheret turun indeks komposit dengan gabungan 4.38 mata.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.25 peratus atau 4.04 mata kepada 1,598.30 daripada 1,602.34 pada penutupan semalam. 

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 0.54 mata kepada 1,602.88, bergerak antara 1,594.51 dan 1,606.28 pada sepanjang sesi urus niaga pagi hingga tengah hari.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 539 berbanding 316, manakala 483 kaunter tidak berubah, 1,128 tidak diniagakan dan 14 digantung.

Jumlah dagangan pada RM1.61 bilion unit bernilai RM1.18 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata kedudukan mata wang Amerika Syarikat (AS) yang tinggi dan pelaksanaan tarif dijangkan berlaku di bawah pentadbiran Donald Trump, firma penyelidikan itu kekal optimistik mengenai segmen berorientasikan eksport tempatan terutamanya sektor teknologi dan sarung tangan.

“Sementara itu, kami memilih sektor pembinaan, hartanah dan bahan binaan, disokong oleh peningkatan pelaburan pusat data yang boleh memacu momentum pendapatan musim ini.

"Dalam sektor pelancongan, kami melihat momentum meningkat di AirAsia X Bhd dan Capital A Bhd," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank turun 2.0 sen to RM1.50, Nestle susut RM1.24 kepada RM97.70 dan YTL Corporation berkurangan 3.0 sen kepada RM1.97 manakala CelcomDigi dan Petronas Chemicals menambah 8.0 sen masing-masing kepada RM3.48 dan RM4.65.

Bagi saham aktif, Tanco naik 2.0 sen kepada RM1.50 manakala Cape EMS jatuh 2.0 sen kepada 36.5 sen, Malayan Flour Mills menguncup 5.0 sen kepada 58 sen, Life Water merosot 2.5 sen kepada 91.5 sen manakala Permaju Industries tidak berubah pada 4.0 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 5.98 mata kepada 12,150.84 manakala Indeks FBM Emas susut 22.59 mata kepada 12,153.52, Indeks FBMT 100 menguncup 23.32 mata kepada 11,854.06, Indeks FBM ACE lebih rendah sebanyak 9.99 mata kepada 5,180.27 dan Indeks FBM 70 merosot 10.90 mata menjadi 17,907.25.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.74 mata kepada 171.17, Indeks Perladangan menokok 3.10 mata kepada 7,667.56, Indeks Tenaga berkurangan 1.63 mata kepada 828.47 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 88.56 mata kepada 19,035.66.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan