PASARAN > BERITA

JANGKAAN PERMINTAAN SUSUT, NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH

20/11/2024 09:49 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives susut pada akhir dagangan Rabu, susulan kebimbangan mengenai kelemahan permintaan dalam minggu-minggu mendatang yang mungkin meningkatkan paras stok simpanan dalam negara. 

Peniaga minyak sawit David Ng berkata tekanan penurunan harga itu turut diburukkan lagi dengan penyusutan harga minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT).

“Kami menyaksikan paras sokongan pada RM4,750 satu tan metrik manakala rintangan pada RM4,950,” katanya kepada Ng told Bernama.

Sewaktu ditutup, kontrak bulan semasa Disember 2024 susut RM90 kepada RM4,926 satu tan, kontrak Januari 2025 turun RM98 kepada RM4,863 manakala Februari 2025 berkurangan RM109 kepada RM4,815. 

Kontrak Mac 2025 menguncup RM108 kepada RM4,729 satu tan, April 2025 susut RM105 kepada RM4,629 manakala Mei 2025 turun RM94 kepada RM4,526.

Jumlah dagangan merosot kepada 92,644 lot daripada 96,083 pada Selasa manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 244,155 kontrak daripada 252,020 sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Disember Selatan susut sebanyak RM20 kepada RM5,060 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan