PASARAN > BERITA

PASARAN GETAH DITUTUP RENDAH

21/11/2024 06:15 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, dipengaruhi prestasi bercampur-campur pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga. 

Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas dengan ketidaktentuan dasar AS dan konflik berterusan di Asia Barat.

“Namun, penurunan seterusnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah, harapan tinggi untuk lebih banyak rangsangan fiskal China dan kebimbangan mengenai bekalan getah asli global yang terhad berikutan ramalan cuaca buruk di beberapa negara pengeluar utama,” katanya kepada Bernama.

Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent meningkat 1.1 peratus kepada US$73.69 setong.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menyusut 8.0 sen kepada 856.5 sen sekilogram manakala lateks pukal menurun dua sen kepada 679 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 kekal pada 854 sen sekilogram dan lateks pukal pada 678 sen sekilogram.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan