PASARAN > BERITA

KONTRAK NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR EKORAN EKSPORT LEMAH

09/12/2024 10:20 PM

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Isnin berikutan penurunan eksport, kata peniaga.

Beliau berkata prestasi itu turut menjejaki pergerakan lemah pasaran minyak kacang soya di Lembaga Dagangan Chicago (CBOT), kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng memetik syarikat penyelidik bebas AmSpec Agri Malaysia yang melaporkan eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 30 Nov lepas susut 10.35 peratus bulan ke bulan berikutan permintaan bermusim minyak sawit yang lebih rendah.

"Kami mendapati harga MSM disokong pada RM5,000 satu tan dan paras rintangan pada RM5,200 satu tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan hari ini, kontrak bagi serahan bulan semerta Disember 2024 susut RM28 kepada RM5,308 satu tan, Januari 2025 turun RM28 kepada RM5,214 satu tan manakala Februari 2025 kurang RM8 kepada RM5,120 satu tan.

Serahan pada Mac 2025 pula meningkat RM11 kepada RM4,994 satu tan, April 2025 menokok RM13 kepada RM4,832 satu tan dan Mei 2025 naik RM9 kepada RM4,671 satu tan.

Jumlah dagangan berkurang kepada 64,219 lot daripada 65,864 lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 236,476 kontrak daripada 229,527 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan menokok RM10 kepada RM5,380 satu tan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan