PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIJANGKA KEKAL STABIL MINGGU DEPAN

21/12/2024 10:24 AM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal stabil minggu depan sehingga muncul pemangkin baharu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama dagangan berkemungkinan lengang bersempena dengan sambutan Hari Krismas dan diikuti cuti Tahun Baharu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management  Stephen Innes berkata dagangan pada minggu depan juga seperti kebiasaannya dijangka suram berikutan musim cuti hujung tahun.

Katanya, melainkan berlakunya kejutan geopolitik, beliau menjangkakan pasaran akan kekal dalam keadaan neutral.

Pada minggu dagangan yang baru berakhir ini kontrak Disember 2024 menurun 20.0 mata kepada 1,589.50, Januari 2025 menyusut 18.0 mata kepada 1,595.0, Mac 2025 merosot 18.5 mata kepada 1,580.0 dan Jun 2025 jatuh 19.0 mata kepada 1,585.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada 31,878 lot daripada 25,724 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 44,108 kontrak daripada 41,593 kontrak.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI menyusut 17.34 mata kepada 1,591.41 daripada 1,608.75 pada minggu sebelumnya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan