PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

10/01/2025 07:25 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan penurunan kadar asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, Januari 2025 merosot setengah mata kepada 1,599.0, Februari 2025 berkurangan 2.5 mata kepada 1,600.0, Mac 2025 susut 4.5 mata kepada 1,582.5 dan Jun 2025 turun 4.0 mata kepada 1,588.0.   

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,354 lot daripada 7,852 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 42,928 kontrak daripada 44,051 kontrak sebelum ini.  

Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran naik 1.60 mata atau 0.10 peratus kepada 1,602.41 daripada 1,600.81 semalam. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan