Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, dipacu oleh laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang optimis terhadap komoditi itu, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Beliau berkata paras stok yang rendah adalah positif untuk harga dalam tempoh terdekat.
"Kami mengesan paras sokongan pada RM4,250 setan dan paras rintangan pada RM4,540 setan," kata Ng kepada Bernama.
Menurut MPOB, eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 turun 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan berbanding 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya.
Dalam laporan prestasi industri pada Disember 2024, MPOB berkata pengeluaran MSM bagi bulan itu merosot 8.30 peratus atau 134,508 tan kepada 1.49 juta tan, berbanding 1.62 juta tan pada November.
Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 menokok RM75 kepada RM4,710 setan, Februari 2025 naik RM102 kepada RM4,561 setan, Mac 2025 bertambah RM95 kepada RM4,391 setan.
Kontrak April 2025 meningkat RM98 kepada RM4,285 setan, Mei 2025 melonjak RM96 kepada RM4,209 setan dan Jun 2025 bertambah RM92 kepada RM4,167 setan.
Jumlah dagangan turun kepada 77,607 lot daripada 106,194 lot semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 229,080 kontrak daripada 225,556 kontrak.
Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan meningkat RM60 kepada RM4,760 setan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial