PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI

28/01/2025 01:56 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa susulan jualan berterusan, menjejaki prestasi pasaran Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.48 mata kepada 1,550.49 daripada 1,558.97 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 1.53 mata lebih rendah kepada 1,557.44 dan bergerak serendah 1,544.87 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 565 berbanding 222 manakala 452 kaunter kekal tidak berubah, 1,060 kaunter tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.50 bilion unit bernilai RM1.12 bilion.

Pedagang ActivTrades Anderson Alves berkata penggiat pasaran kekal dalam mod berhati-hati dalam persekitaran yang tidak menentu berikutan jualan besar-besaran di Wall Street disebabkan pengenalan platform kecerdasan buatan (AI) baharu dari China, DeepSeek.

"Melangkah ke hadapan, peserta pasaran akan memantau dengan teliti naratif DeepSeek/AI sementara menunggu pengumuman keputusan kewangan minggu ini terutamanya daripada Microsoft dan Apple.

"Selain itu, tumpuan akan diberikan kepada mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS, pelabur menanti-nantikan kenyataan oleh Pengerusi Fed AS, Jerome Powell," katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank merosot empat sen kepada RM10.32, CIMB jatuh tiga sen kepada RM8.00, Public Bank turun satu sen kepada RM4.37, IHH Healthcare berkurangan lapan sen kepada RM7.15 manakala Tenaga Nasional menambah 10 sen kepada RM13.54.

Bagi saham aktif, YTL Power susut 28 sen kepada RM2.94, YTL Corp jatuh 12 sen kepada RM1.81, Gamuda merosot enam sen kepada RM4.00, Nationgate menguncup 16 sen kepada RM1.72 manakala Oriental Kopi meningkat empat sen kepada 86.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 81.20 mata kepada 11,816.14, Indeks FBMT 100 susut 79.77 mata kepada 11,516.50, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 79.38 mata kepada 11,650.41, dan Indeks FBM ACE merosot 18.33 mata kepada 5,099.08 manakala Indeks FBM 70 menguncup 183.90 mata kepada 17,453.36.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 76.43 mata kepada 18,853.13, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 1.19 mata kepada 164.27, Indeks Tenaga susut 8.89 mata kepada 815.41 bagaimanapun Indeks Perladangan meningkat 5.91 mata kepada 7,319.45

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan