PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DINIAGAKAN TIDAK BERUBAH DENGAN KECENDERUNGAN MENINGKAT MINGGU DEPAN

01/03/2025 10:12 AM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubah pada minggu hadapan dengan kecenderungan menaik sehingga pemangkin baharu muncul, kata seorang penganalisis.

Timbalan Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan FBM KLCI akan turun naik antara 1,570 dan 1,600 pada minggu hadapan, mewakili paras sokongan dan rintangan.

"Kami menasihatkan pelabur untuk peka terhadap peluang membeli ketika indeks penanda aras menghampiri paras terlebih jual," katanya kepada Bernama.

Untuk minggu yang baru berakhir, kontrak Februari 2025 menurun 11.0 mata kepada 1,578.5, Mac 2025 susut 27.5 mata kepada 1,542.0, Jun 2025 merosot 28.5 mata kepada 1,545.5 dan September 2025 berkurang 31.0 mata kepada 1,532.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 180,892 lot daripada 31,820 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 49,479 kontrak daripada 43,920 kontrak sebelumnya.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, indeks utama menyusut 16.33 mata kepada 1,574.70 berbanding 1,591.03 minggu sebelumnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan