PASARAN > BERITA

PASARAN GETAH DITUTUP RENDAH SEIRING PASARAN SERANTAU

17/03/2025 06:22 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.

Seorang peniaga berkata penurunan itu didorong oleh kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemungkinan kemelesetan global akan belaku berikutan data ekonomi bercampur-campur dan ketegangan perdagangan semakin meningkat susulan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).

"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun merosot hari ini disebabkan pengukuhan yen manakala perang perdagangan yang semakin memuncak menjejaskan prospek pasaran global.

Sementara itu, Presiden AS Donald Trump telah mengesahkan bahawa negara itu akan melaksanakan tarif timbal balik dan sektor mulai 2 April, menyasarkan rakan dagangan termasuk China dan India.

“Harga minyak naik pada Isnin selepas AS berikrar untuk terus menyerang kumpulan Houthi di Yaman sehingga kumpulan disokong Iran itu menamatkan serangannya terhadap kapal dagang,” katanya.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 menyusut 13 sen kepada 871.5 sen sekilogram pada 3 petang manakala lateks pukal rendah 4.5 sen kepada 693 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan