KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.75 mata kepada 1,504.91 daripada 1,504.16 pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.29 mata kepada 1,503.87.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 125 berbanding 115, dengan 199 kaunter tidak berubah, 1,998 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 92.11 juta saham bernilai RM49.78 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street rendah selepas mencatatkan kenaikan sebelumnya berikutan ketidaktentuan mengenai tarif oleh Donald Trump dan kebimbangan berhubung pertumbuhan ekonomi yang lembap secara berterusan.
Katanya walaupun terdapat ketidaktentuan mengenai tarif AS, eksport Malaysia kekal kukuh pada Februari, naik 6.2 peratus tahun ke tahun, didorong oleh produk elektrik dan elektronik (E&E) serta minyak sawit.
“Kami menjangka minat yang berterusan dalam sektor semikonduktor dan E&E, disokong oleh kerjasama Malaysia selama 10 tahun dengan Arm Holdings dan perbelanjaan teknologi global yang berterusan dalam kecerdasan buatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, tempoh peralihan monsun dari Mac hingga Mei dapat menjana minat di kaunter tebatan banjir, pembinaan dan bahan binaan, katanya.
Bagaimanapun, katanya pelabur perlu terus berhati-hati dengan tarif timbal balas AS yang akan datang pada 2 April, yang boleh menyebabkan turun naik pasaran jangka pendek.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lapan sen kepada RM10.26, TNB naik enam sen kepada RM13.56 serta CIMB, IHH Healthcare dan Press Metal, masing-masing menambah dua sen kepada RM6.82, RM6.79 dan RM5.03.
Hong Leong Bank dan SD Guthrie, masing-masing tidak berubah pada RM20.40 dan RM4.86. Public Bank merosot dua sen kepada RM4.46 dan YTL Power berkurangan tiga sen kepada RM3.38.
Dalam saham aktif, TWL Holdings, Saliran Group, McLean Technologies dan Reneuco, masing-masing meningkat setengah sen kepada 2.5 sen, 24.5 sen, 29.0 sen dan 5.5 sen. Minox mendatar pada 25 sen manakala Lim Seong Hai Capital yang mula disenaraikan di Pasaran ACE berkurangan tiga sen kepada 85 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 7.40 mata kepada 11,308.77, Indeks FBMT 100 naik 8.57 mata kepada 11,060.40 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 13.35 mata kepada 11,040.17.
Indeks FBM 70 naik 24.80 mata kepada 16,298.32 dan Indeks FBM ACE meningkat 34.31 mata kepada 4,813.02.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.01 mata kepada 154.15, Indeks Tenaga berkurangan 0.36 mata kepada 749.94 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 9.07 mata kepada 18,396.23.
Sebaliknya, Indeks Perladangan meningkat 1.66 mata kepada 7,453.15.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial