PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP LEBIH RENDAH

21/03/2025 10:21 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas terjejas oleh kelemahan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) selain prestasi eksport minyak sawit Malaysia yang agak perlahan, kata seorang penganalisis.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata dalam satu laporan bahawa juruukur kargo Intertek Testing Services (ITS) menganggarkan eksport minyak sawit Malaysia menurun sebanyak 14.2 peratus kepada 629,687 tan dari 1-20 Mac, berbanding dengan tempoh yang sama pada Februari.

"Manakala Societe Generale de Surveillance meramalkan eksport minyak sawit Malaysia jatuh 6.62 peratus kepada 552,622 tan dari 1-20 Mac," katanya kepada Bernama.

Pada penutup, bulan semerta baru April 2025 adalah RM18 lebih rendah kepada RM4,651 satu tan, Mei 2025 merosot RM22 kepada RM4,507, manakala Jun 2025, Ogos 2025 serta September 2025, masing-masing menurun RM38 kepada RM4,375, RM5,896 dan RM4,125.

Sementara itu, kontrak Julai 2025 berkurangan sebanyak RM39 kepada RM4,260 satu tan. 

Jumlah dagangan jatuh kepada 76,908 lot berbanding 111,206 yang dicatatkan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka berkurangan sebanyak 256,932 kontrak daripada 260,294 kontrak.

Harga MSM fizikal untuk Mac Selatan adalah RM40 lebih rendah kepada RM4,780 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan