PASARAN > BERITA

PASARAN GETAH DITUTUP RENDAH

26/03/2025 06:02 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Rabu, didorong oleh ringgit yang kukuh berbanding dolar AS susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, kata peniaga.

Pada masa ini, ringgit berada pada 4.4295/4340 berbanding dolar AS, mengukuh daripada 4.4355/4390 semalam.  

Katanya sentimen pasaran turut terjejas oleh kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat dan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan peserta pasaran kekal berhati-hati menjelang pusingan baharu tarif AS minggu depan.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kenaikan harga minyak mentah, keyakinan terhadap lebih banyak rangsangan ekonomi China dan bekalan getah yang terhad daripada negara-negara pengeluar getah asli utama,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 13 sen kepada 881 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan enam sen kepada 678 sen sekilogram.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan