KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.26 pagi, Mac 2025 merosot 1.5 mata kepada 1,514.0, April 2025 berkurangan 2.0 mata kepada 1,512.5, Jun 2025 susut setengah mata kepada 1,509.0 dan September 2025 mendatar pada 1,497.50.
Jumlah dagangan sebanyak 7,834 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 77,515 kontrak.
Sementara itu, FBM KLCI naik 1.89 mata kepada 1,519.94 selepas 53 minit dagangan, daripada 1,518.05 pada Rabu.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan