Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus mencatatkan penurunan pada Khamis berikutan prestasi bercampur-campur di pasaran getah serantau dan kemerosotan harga minyak mentah, kata peniaga.
Beliau berkata harga minyak susut sedikit berikutan peniaga menilai impak daripada cadangan tarif automotif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berbanding kebimbangan mengenai bekalan global yang terhad.
Pada masa ini, harga minyak mentah Brent naik 0.31 peratus kepada US$73.56 setong.
Katanya sentimen pasaran kekal lemah disebabkan tarif perdagangan tambahan AS dan data ekonomi China yang mengecewakan.
“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh bekalan getah asli yang terhad di negara-negara pengeluar utama dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS dalam optimisme terhadap langkah-langkah rangsangan China yang seterusnya,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 2.5 sen kepada 878.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan tiga sen kepada 675 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial