KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan di Wall Street dan dalam persekitaran pelabur bersikap berhati-hati terhadap tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa hari ini.
Ia menyebabkan meningkatkan kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan global, kata seorang penganalisis.
Semalaman, Indeks Dow Jones Industrial Average jatuh 0.84 peratus kepada 37,645.59, Indeks S&P 500 turun 1.57 peratus kepada 4,982.77, manakala Nasdaq Composite merosot 2.51 peratus kepada 15,267.91.
Pada jam 9.05 pagi, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 17 mata atau 1.18 peratus kepada 1,426.56 daripada penutupan pada Selasa iaitu 1,443.56.
Indeks penanda aras itu dibuka lebih rendah sebanyak 6.55 mata pada 1,437.01.
Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 400 berbanding 65 dengan 182 kaunter tidak berubah, 1,705 tidak diniagakan dan 10 digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 193.75 juta unit bernilai RM115.43 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih rendah selepas Presiden AS, Donald Trump mengenakan tarif terkumpul 104 peratus ke atas China, berkuat kuasa hari ini.
"Kesemua tiga indeks utama Wall Street dibuka kukuh bagaimanapun ditutup rendah daripada paras tertinggi," katanya kepada Bernama.
Di peringkat tempatan, Thong berkata kekurangan minat belian, memandangkan pelabur mengamalkan sikap berhati-hati, mempengaruhi sentimen pasaran berikutan ketidaktentuan yang semakin meningkat pada prospek global.
"Kami berpendapat indeks mungkin kekal dalam mod penyatuan, dijangka dalam julat 1,440-1,455 hari ini," katanya.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank merosot lapan sen kepada RM9.80, Public Bank jatuh empat sen kepada RM4.18, Tenaga Nasional (TNB) merosot 24 sen kepada RM12.98, manakala CIMB dan IHH Healthcare berkurangan sembilan sen masing-masing kepada RM6.59 dan RM6.64.
Bagi kaunter aktif, penampilan sulung SumiSaujana di Pasara ACE susut 6.5 sen kepada 17.5 sen, Ta Win dan Jiankun jatuh 0.5 sen masing-masing kepada dua sen dan 3.5 sen, Top Glove merosot satu sen kepada 81 sen, manakala Supermax dan Luster tidak berubah masing masing pada 77.5 sen dan lima sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 129.68 mata kepada 10,521.07, Indeks FBMT 100 berkurangan 138.18 mata kepada 10,314.83, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 139.49 mata kepada 10,214.42, Indeks FBM 70 turun 255.97 mata kepada 14,528.59, manakala Indeks FBM ACE menguncup 60.32 mata kepada 4,253.58.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 161.92 mata kepada 17,433.37, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 1.62 mata kepada 135.43, Indeks Tenaga turun 12.34 mata kepada 632.10, Indeks Perladangan berkurangan 58.44 mata kepada 6,915.43.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial