PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA KEKAL RENDAH PADA TENGAH HARI

09/04/2025 03:21 PM

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari ini kerana sentimen pasaran kekal lemah dalam persekitaran kebimbangan terhadap langkah tarif yang agresif.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang merupakan penanda aras pasaran menyusut 39.09 mata atau 2.71 peratus kepada 1,404.47 daripada 1,443.56 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama dibuka rendah 6.55 mata kepada 1,437.01 hari ini dan bergerak antara 1,403.2 dan 1,438.99 sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Suasana pasaran negatif, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 862 berbanding 185, dengan 273 kaunter tidak berubah, 1,030 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung. 

Jumlah dagangan sebanyak 2.01 bilion saham bernilai RM1.55 bilion.

Pedagang ActivTrades Anderson Alves berkata ekuiti Asia mungkin berdagang dalam keadaan tidak menentu hari ini, peserta pasaran mungkin menunggu respons daripada China berkaitan tarif dikenakan Amerika Syarikat (AS).

"Suasana pasaran adalah negatif berikutan penjualan dalam aset berisiko global (semasa AS menutup dagangan semalam). Pelabur bersedia untuk pelaksanaan tarif baharu yang menyeluruh.

"Setiausaha akhbar Rumah Putih mengesahkan bahawa tarif 104 peratus ke atas China akan berkuat kuasa hari ini susulan kegagalan China menghapuskan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua produk yang diimport dari AS

“Tarif timbal balik ke atas rakan dagangan lain juga berjalan seperti yang dijadualkan," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank jatuh 33 sen kepada RM9.55, Public Bank merosot sembilan sen kepada RM4.13, TNB turun 40 sen kepada RM12.82, CIMB berkurangan 35 sen kepada RM6.33, bagaimanapun IHH Healthcare meningkat dua sen kepada RM6.75.

Bagi saham aktif, SumiSaujana merosot 6.5 sen kepada 17.5 sen, Supermax menambah tujuh sen kepada 84.5 sen, MYEG jatuh tiga sen kepada 74 sen, NEXG menguncup 0.5 sen kepada 21.5 sen, manakala Top Glove meningkat empat sen kepada 86 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 285.59 mata kepada 10,365.16, Indeks FBMT 100 susut 280.37 mata kepada 10,172.64, Indeks FBM Emas Shariah merosot 237.32 mata kepada 10,116.59,  FBM 70 berkurangan 386.02 mata kepada 14,398.54 dan FBM ACE jatuh 181.09 mata kepada 4,132.81.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 614.09 mata kepada 16,981.33, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 4.43 mata kepada 132.62, Indeks Tenaga menguncup 27.52 mata kepada 616.92 manakala Indeks Perladangan jatuh 126.05 mata kepada 6,847.71.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan