Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil, mencerminkan pergerakan asas pasaran tunai minggu depan.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran tunai berkemungkinan kekal tidak menentu di tengah-tengah kebimbangan yang berterusan terhadap prospek perdagangan global.
"Kami menjangkakan berlakunya turun naik yang tinggi dalam pasaran tempatan yang akan berterusan minggu depan. Sehubungan itu, kami menjangka indeks penanda aras bergerak dalam julat 1,430 hingga 1,493," katanya kepada Bernama.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak April 2025 dan Mei 2025 masing-masing susut 54.5 mata untuk ditutup pada 1,448.00 dan 1,446.50.
Kontrak Jun 2025 turun 51.5 mata kepada 1,443.00, manakala September 2025 susut 52.5 mata kepada 1,430.00.
Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 75,774 lot daripada 25,964 lot sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 47,008 kontrak daripada 44,881 kontrak.
Indeks penanda aras pasaran tunai turun 49.38 mata kepada 1,454.76 daripada 1,504.14 pada minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial