PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI

11/04/2025 02:45 PM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, diniagakan secara berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran yang meningkat dan para peserta terus mengurangkan pendedahan terhadap risiko.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.73 mata kepada 1,455.40 daripada 1,463.13 semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 21.47 mata kepada 1,441.66 dan bergerak antara 1,434.92 dan 1,456.92 dan 1,473.36 pada sesi dagangan pagi.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 468 berbanding 358. Sejumlah 400 kaunter tidak berubah, 1,139 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.70 bilion saham bernilai RM1.15 bilion.

Peniaga ActivTrades Anderson Alves berkata perhatian pelabur kini tertumpu kepada berita mengenai tarif dan cara peserta pasaran menyelaraskan pendedahan mereka pada masa akan datang.

“Walaupun Presiden Donald Trump menangguhkan tarif baharu ke atas semua negara kecuali China, pendirian tegas terhadap Beijing menyebabkan peniaga mencari aset selamat.

“Reaksi ini menjadi lebih teruk oleh laporan yang memetik potensi langkah tambahan — termasuk kemungkinan menyahsenarai syarikat China daripada bursa AS,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot 15 sen kepada RM9.84, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.26, Tenaga Nasional berkurangan 14 sen kepada RM13.16, CIMB turun 25 sen kepada RM6.66 dan IHH Healthcare naik lima sen kepada RM6.85.

Dalam dagangan aktif, MYEG menambah 5.5 sen kepada 89 sen, SumiSaujana naik 1.5 sen kepada 20.5 sen, Trive Property mendatar pada 3.5 sen, Bina Puri merosot setengah sen kepada 34.5 sen dan Supermax meningkat setengah sen kepada 85.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 36.44 mata kepada 10,805.97, Indeks FBMT 100 berkurangan 39.80 mata kepada 10,601.00, bagaimanapun Indeks FBM Emas Shariah naik 23.51 mata kepada 10,592.33.

Indeks FBM 70 menambah 8.40 mata kepada 15,243.53 dan Indeks FBM ACE meningkat 33.16 mata kepada 4,402.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 237.95 mata kepada 17,526.26, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.39 mata kepada 139.19, Indeks Tenaga susut 11.89 mata kepada 648.05 dan Indeks Perladangan meningkat 9.63 mata kepada 7,055.52.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan