KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kelemahan dalam prestasi pasaran tunai.
Pada penutup, kontrak April 2025 turun 14.0 mata kepada 1,448.0, Mei 2025 susut 13.5 mata kepada 1,446.5, Jun 2025 berkurangan sebanyak 13.0 mata kepada 1,443.0 dan September 2025 hilang 12.5 mata kepada 1,430.0.
Jumlah dagangan melembap kepada 11,855 lot daripada 13,840 lot semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 47,008 kontrak berbanding 50,029 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI jatuh 8.37 mata atau 0.57 peratus kepada 1,454.76 daripada 1,463.13 yang dicatatkan pada Khamis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial