KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan menjejaki prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 21.84 mata kepada 1,476.60 daripada 1,454.76 pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 19.29 mata kepada 1,474.05.
Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 405 berbanding 62. Sejumlah 195 kaunter tidak berubah, 1,721 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 188.92 juta saham bernilai RM139.91 juta.
Di Wall Street, Dow Jones Industrial Average meningkat 1.56 peratus kepada 40,212.71, S&P 500 naik 1.81 peratus kepada 5,363.36 dan Nasdaq Composite menambah 2.06 peratus kepada 16,724.46.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran Amerika Syarikat (AS) mengakhiri minggu tidak menentu dengan sentimen positif, disokong oleh kenyataan Rumah Putih bahawa Donald Trump kekal optimis China akan meneruskan usaha untuk mencapai perjanjian dengan AS.
“Berdasarkan risiko meningkat di AS, hasil untuk tempoh 10 tahun terus naik, hampir kepada paras 4.50 peratus,” katanya kepada Bernama.
Thong berkata pelabur kekal berhati-hati mengenai potensi impak daripada penangguhan tarif selama 90 hari.
Oleh itu, beliau menjangka satu lagi sesi dagangan yang tidak menentu.
Bagaimanapun, katanya aktiviti dagangan yang meningkat memberi prospek yang baik kepada pasaran dan FBM KLCI dijangka diniagakan antara 1,440 dan 1,460 hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB Group naik 12.0 sen kepada RM6.77, Malayan Banking meningkat 11.0 sen kepada RM9.93, Tenaga Nasional menambah 10.0 sen kepada RM13.32, IHH Healthcare menokok 6.0 sen kepada RM6.86 dan Public Bank naik 5.0 sen kepada RM4.29.
Dalam kalangan saham aktif, Inari Amertron melonjak 16.0 sen kepada RM1.82, NationGate Holdings meningkat 7.0 sen kepada RM1.30, MY EG Services menambah 1.0 sen kepada 91.0 sen, Avangaad naik setengah sen kepada 28.5 sen dan Oversea Enterprise mendatar pada 4.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 166.97 mata kepada 10,977.05, Indeks FBMT 100 meningkat 167.49 mata kepada 10,769.16, Indeks FBM Emas Shariah naik 179.66 mata kepada 10,784.57, Indeks FBM 70 menambah 274.20 mata kepada 15,540.16 dan Indeks FBM ACE naik 59.01 mata kepada 4,471.20.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 206.90 mata kepada 17,741.45, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 2.83 mata kepada 142.26, Indeks Tenaga naik 11.56 mata kepada 660.30 dan Indeks Perladangan menambah 74.97 mata kepada 7,137.50.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial