PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH SEIRING KEYAKINAN PERBINCANGAN PERDAGANGAN

28/04/2025 10:03 PM

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini dipacu isyarat positif daripada perbincangan perdagangan Amerika Syarikat-Asia.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas dilihat menyusut baru-baru ini apabila perbincangan mengenai tarif berkenaan menunjukkan tanda-tanda akan berlaku kelonggaran dasar.

Ini sekali gus mengurangkan kebimbangan pasaran serta memberi kesan negatif terhadap daya tarikan emas sebagai pelaburan komoditi selamat.

"Bagaimanapun, penurunan sementara ini kelihatan lebih kepada pengambilan untung daripada tanda kemerosotan struktur yang menunjukkan prospek jangka panjang bagi emas untuk kekal positif," katanya.

Pada penutup dagangan hari ini, kontrak bulan semerta April 2025 merosot kepada US$3,280.90 setiap auns troy daripada US$3,307.20 pada Jumaat dan Mei 2025 menurun kepada US$3,289.90 setiap auns troy daripada US$3,316.20 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 susut kepada US$3,307.10 setiap auns troy daripada US$3,332.80 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan pula meningkat kepada 202 lot daripada 37 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 36 kontrak daripada 88 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 25 April 2025, emas fizikal berada pada harga US$3,277.30 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan