PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA KEKAL BERCAMPUR-CAMPUR PADA TENGAH HARI

02/05/2025 04:29 PM

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal bercampur-campur pada tengah hari ini dalam dagangan berhati-hati walaupun prestasi menggalakkan dalam pasaran serantau berikutan kenaikan semalaman di Wall Street.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.43 mata kepada 1,537.79 daripada 1,540.22 pada Rabu.

Bursa ditutup pada Khamis sempena cuti Hari Pekerja.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.80 mata kepada 1,537.42 dan bergerak antara 1,532.23 dan 1,539.62 pada sesi dagangan pagi.

Suasana pasaran positif dengan 601 kaunter untung mengatasi 319 kaunter rugi manakala 406 kaunter tidak berubah, 1,018 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.63 bilion saham bernilai RM1.13 bilion.

Prestasi menggalakkan di pasaran serantau didorong oleh petunjuk kemungkinan rundingan perdagangan antara AS dan China, meningkatkan sentimen dalam kalangan peserta pasaran.

Peniaga kini memberi tumpuan kepada data senarai gaji bukan ladang dan kadar pengangguran bagi April, yang akan diumumkan hari ini.

Pada masa ini, Nikkei 225 Jepun melonjak 1.15 peratus kepada 36,873.87, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 1.53 peratus kepada 22,453.20, Kospi Korea Selatan meningkat 0.22 peratus kepada 2,562.04 dan Indeks Straits Times Singapura menambah 0.27 peratus kepada 3,842.72.  

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB Group, masing-masing merosot satu sen kepada RM9.98 dan RM7.11, Public Bank dan Tenaga Nasional, masing-masing berkurangan empat sen kepada RM4.43 dan RM13.82 manakala IHH Healthcare menambah 11 sen kepada RM7.03.

Bagi saham aktif, Reach Ten yang mula disenaraikan di pasaran naik 2.5 sen kepada 54.5 sen, Nationgate meningkat 11 sen kepada RM1.47, Tanco menokok 1.5 sen kepada 87.5 sen, Jaks Resources menambah satu sen kepada 10.5 sen manakala Avangaad mendatar pada 27.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 37.06 mata kepada 11,444.85, Indeks FBMT 100 meningkat 28.89 mata kepada 11,213.33, Indeks FBM Emas Shariah menambah 70.54 mata kepada 11,344.83, Indeks FBM 70 melonjak 227.47 mata kepada 16,172.85 manakala Indeks FBM ACE menurun 0.54 mata kepada 4,628.12.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.12 mata kepada 151.60, Indeks Tenaga meningkat 6.10 mata kepada 694.24 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 48.05 mata kepada 18,186.55 dan Indeks Perladangan berkurangan 22.28 mata kepada 7,235.14.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan