KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran tunai yang lebih rendah.
Kontrak Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing berkurangan 4.0 mata kepada 1,535.00 dan 1,530.00, September 2025 rendah 3.5 mata kepada 1,513.00 dan Disember 2025 susut 2.0 mata kepada 1,525.50.
Jumlah dagangan susut kepada 5,790 lot daripada 5,618 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka merosot kepada 38,699 kontrak daripada 38,851 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI rendah sebanyak 0.18 peratus atau 2.74 mata kepada 1,536.80 daripada 1,539.54 semasa ditutup semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial